Teknologi Pasar Raya Tanpa Kaunter Pembayaran Amazon Go Kini Ditawarkan Kepada Yang Berminat
Empat tahun yang lalu Amazon memperlihatkan teknologi pasar raya tanpa kaunter pembayaran Amazon Go. Menerusinya pelanggan boleh mengambil pelbagai produk yang dijual dan keluar dari pasar raya tanpa melalui kaunter pembayaran. Teknologi kamera dan kecerdasan buatan akan mengesan produk yang diambil dan mengecasnya terus ke kad kredit pelanggan.
Menurut laporan Reuters pagi ini, teknologi yang diberi nama Just Walk Out kini akan ditawarkan kepada perniagaan yang berminat menggunakannya. Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, teknologi ini telah digunakan di beberapa pasar raya milik Amazon. Amazon berkata mereka telah menandatangani perjanjian dengan beberapa rakan niaga tetapi belum bersedia mendedahkannya pada waktu ini.
Pengenalan teknologi Just Walk Out pada kedai fizikal adalah strategi yang menarik bagi Amazon kerana kewujudan mereka pada awal 90an ialah untuk menggalakkan pembelian atas talian yang membunuh kedai fizikal.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment