Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Huawei P40 Dan P40 Pro Tertiris Sepenuhnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Huawei P40 Dan P40 Pro Tertiris Sepenuhnya


Pelancaran Huawei P40 dan P4o Pro akan berlangsung esok secara atas talian. Kami yakin ramai pembaca di Amanz menantikan kemunculannya memandangkan tahun lalu P30 Pro ialah antara peranti terhangat di pasaran. Sehari sebelum pelancarannya, spesifikasi lengkap kedua-dua peranti telah tertiris sekali lagi menerusi laman Winfuture seperti tahun lalu.

Menurut laman ini, Huawei P40 Pro dilengkapi skrin 6,58″ OLED beresolusi 2640 x 1200 pixel dengan kadar segar semula 90Hz. Pemproses Kirin 990 5G dipadankan dengan memori sebesar 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4200 mAh dengan pengecasan pantas SuperCharge 44W.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 50MP RYYB untuk fotografi,  40MP RYYB untuk video dan ultra lebar, 12MP untuk telefoto zum sehingga 50X, makro dan pengesan kedalaman. Teknologi Octa Phase Detection mempercepatkan proses memfokus manakala pixel-binning pula menghasilkan gambar yang tajam dengan penggabungan pixel.

Pada bahagian hadapan pula sensor 32MP dengan autofokus dipadankan dengan pemancar infra merah. Ini menurut Winfuture membolehkan P40 Pro menyokong sistem imbasan wajah 3D seperti yang hanya disokong pada siri Mate sahaja sebelum ini. Ini adalah sebab utama mengapa saiz lubang kamera P40 Pro agak besar tetapi masih kecil jika dibandingkan dengan takuk pada Mate 30 Pro. Seperti tahun lalu, sekali lagi P40 Pro mempunyai kemampuan kalis air IP68.

Seterusnya ialah Huawei P40 yang dilengkapi skrin 6.1 ” OLED beresolusi 2340 x 1080 pixel dengan kadar segar semula 60Hz. Pemproses Kirin 990 5G dipadankan dengan memori sebesar 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 3800 mAh dengan pengecasan pantas SuperCharge 22.5W.

Spesifikasi tri-kamera utama pula ialah 50MP RYYB untuk fotografi,  16MP untuk video dan ultra lebar , 8MP untuk telefoto. Tiada maklumat mengenai kemampuan zum pada peranti ini. Pada bahagian hadapan pula sensor 32MP dengan sensor kedalaman. Tiada sokongan sistem imbasa wajah 3D pada model ini. Huawei P40 turut mempunyai kemampuan kalis air IP53 sahaja,

Kedua-dua peranti masih lagi mengekalkan penggunaan sistem operasi Androdi 10 dengan EMUI 10 tanpa sokongan GMS. Kesemua aplikasi boleh dimuat turun menggunakan App Gallery yang dipacu oleh sistem HMS milik Huawei sendiri.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.