Tidal Menawarkan Langganan Semua Pelan Pada Harga RM6 Untuk 4 Bulan
Tidal adalah satu platform penstriman muzik seperti Spotify. Tetapi ia memfokuskan kepada kualiti yang amat tinggi seperti FLAC dan audio nirhilang. Harga langganan juga adalah mahal berbanding Spotify. Contohnya, langganan pelan HiFi keluarga adalah RM44.70. Sedangkan Spotify hanya menawarkan pelan keluarga pada harga RM22.40.
Terkini, Tidal telah menawarkan harga promosi paling menaril setakat ini secara global. Kebiasaannya, harga promosi Tidal terhad di beberapa negara terpilih sahaja. Harga langganan Tidal untuk semua pelan, Premium individu, Premium keluarga, HiFi individu dan HiFi keluarga adalah RM6 untuk tempoh empat bulan. Ini adalah satu tawaran yang menakjubkan dan memuaskan. Bagi pengguna yang telah menghabiskan ribuan ringgit untuk aksesori audio, tetapi tidak mampu melanggan perkhidmatan penstriman muzik sebelum ini – ini adalah peluang anda.
Sedikit mengecewakan, langganan ini hanya untuk pengguna baru sahaja. Pengguna sedia ada akan kekal tersangkut dengan komitmen yang mencecah RM44.70.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment