Oppo A52 Kini Rasmi – Snapdragon 665, Kuad-Kamera Utama Dan Pembesar Suara Stereo
Baru semalam kami berkongsi artikel berkaitan Oppo A52 dan kini ia telah dilancarkan secara rasmi di China. Ia merupakan peranti kelas pertengahan yang disertakan sejumlah ciri menarik seperti persediaan empat kamera utama, bateri lebih besar dan banyak lagi.
Oppo A52 mempunyai paparan berukuran 6.5-inci LCD FHD+ dengan nisbah aspek 20:9 bersama rekaan berlubang pada paparan hadapan yang ditempatkan pada sudut kiri atas. Ia dijana oleh cip pemproses Snapdragon 665, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB UFS 2.1. Terdapat sokongan slot kad microSD yang boleh dikembangkan.
Ia mempunyai persediaan empat kamera dengan lensa 12-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (sudut ultra lebar) + 2-Megapixel (Makro) + 2-Megapixel (kedalaman) dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Melengkapinya adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W, sokongan pembesar suara stereo dan pengimbas cap jari yang dipasang di sisi.
Untuk perisian, ia menggunakan antaramuka ColorOS 7.1 berasaskan Android 10. Oppo A52 ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu biru dan hitam serta dijual pada harga RMB 1,599 (~RM993).
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment