Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Fold 2 Dilaporkan Mempunyai Skrin 120Hz Dan Sokongan S Pen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Fold 2 Dilaporkan Mempunyai Skrin 120Hz Dan Sokongan S Pen


Menerusi Galaxy Fold, Samsung merealisasikan peranti yang lima tahun sebelumnya hanya wujud sebagai sebuah konsep. Mereka membuktikan terdapat ruang di pasaran untuk peranti dengan skrin boleh dilipat. Setahun telah berlalu dan ura-ura mengenai Fold 2 mula didengari. Pagi ini terdapat berita Fold 2 bukan sahaja akan mempunyai skrin lebih besar tetapi turut mempunyai sokongan S Pen.

Maklumat ditiriskan oleh Ross Young yang merupakan CEO kepada Display Supply Chain Consultants. Menurut beliau kedua-dua skrin luar dan dalam Fold 2 akan mempunyai kamera swafoto yang  diletakkan di dalam sebuah lubang kamera yang kecil. Skrin luar 6.23″ AMOLED 60Hz adalah lebih besar tanpa bezel tebal pada Fold generasi pertama. Skrin dalam 7.6″ AMOLED boleh-lipat pula akan mempunyai lapisan kaca UTG seperti yang digunakan pada Galaxy Z Flip awal tahun ini dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Dengan wujudnya panel kaca yang tahan lasak ini, Samsung lebih berani membawakan sokongan stylus S-Pen. Pada skrin Fold asal, Samsung sendiri memberikan peringatan supaya tidak menekan skrin terlalu kuat sekaligus membuatkan penggunaan stylus tidak disarankan sama sekali.

Samsung Galaxy Fold 2 berkemungkinan besar akan diumumkan serentak dengan Note 20. Walaupun dunia masih kucar-kacir akibat Covid-19, Samsung telah menegaskan tiada penangguhan akan berlaku tahun ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.