Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKP jadi lubuk rezeki peniaga ‘online’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKP jadi lubuk rezeki peniaga ‘online’


Kek brownies dan makanan segera menjadi produk pilihan peniaga online ketika PKP.
PETALING JAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Putrajaya bagi mengekang penularan wabak Covid-19 sejak 18 Mac lalu mengubah rutin harian 2 insan yang sebelum ini sudah terbiasa dan sibuk dengan tugasan harian masing-masing.
Sarah Aleesa Aguinaldo, 25, yang sebelum ini menjawat tugas sebagai pegawai sumber manusia di sebuah lapangan terbang dalam negara berkata, kehidupan hariannya berubah apabila pihak syarikat memutuskan memberikan cuti tanpa gaji akibat kesan wabak itu ke atas industri penerbangan ketika ini.
Menurutnya, keputusan syarikat itu bukanlah menjadi sebab untuknya terus bermurung dan bersedih berikutan pelaksanaan PKP, walaupun memberi kesan ke atas kehidupan, namun merupakan langkah terbaik bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
“Kalau asyik fikir buruk, mengeluh pun tidak berguna kerana PKP sudah berlaku dan perintah yang dikeluarkan ketika ini untuk keselamatan semua pihak.
Sarah Aleesa Aguinaldo
“Jadi, kenapa tidak lihat dari sudut positif? Sebenarnya banyak lagi cara untuk cari sumber pendapatan.
“Saya mula menjual kek brownies, sebelum ini saya buat untuk suka-suka sahaja dan kebiasaannya hanyalah untuk ahli keluarga sahaja. Jadi, apabila sumber pendapatan terjejas disebabkan PKP, barulah saya putuskan untuk jual kek, dapatlah untuk tambah pendapatan,” katanya kepada FMT.
Katanya, tidak dinafikan beliau mengambil masa yang agak lama dan sedikit ragu-ragu untuk memulakan perniagaan dari rumah, memandangkan tidak mempunyai pengalaman melakukan jualan atas talian serta kekangan peralatan membuat kek.
“Saya cuba sahaja dan hendak lihat bagaimana sambutan yang diterima. Saya mula lakukan promosi di media sosial. Pada awalnya, saya hanya menerima 1-2 tempahan sahaja, namun apabila menjelang petang, tempahan mula bertambah.
“Saya jual satu kotak kek brownies berharga RM35 ringgit dan bagi kawasan di sekitar Shah Alam saya akan berikan penghantaran secara percuma. Manakala, bagi kawasan lain, saya akan kenakan caj sebanyak RM5 ringgit,” katanya.
Jelasnya, keputusan menawarkan caj penghantaran secara percuma dan hanya mengenakan caj RM5 ringgit dibuat kerana memahami kekangan lain dialami setiap pelanggannya, yang perlu membuat simpanan dan mencari wang tambahan sempena PKP ini.
“Apa yang penting bagi saya adalah untuk orang rasa dahulu kek brownies ini. Saya jual kek brownies ini panas-panas, disebabkan itu saya akan mula membuat kek ini sejurus selepas solat subuh dan akan mulakan penghantaran pada jam 12 tengah hari,” katanya.
Sarah berkata, ketika ini dia mampu menerima tempahan antara 10 hingga 12 kotak sehari dan tempahan yang diterimanya sudah menjangkaui hingga ke hari Sabtu ini.
Menurutnya, minat dan usahanya itu turut dibantu suami.
Ejen dropship
Sementara itu, Ellya Maisarah Mohamad Idris, 21 yang ketika ini merupakan pelajar fakulti farmasi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kampus Kuantan, Pahang, turut tidak melepaskan peluang mencari pengalaman baru dengan menjadi ejen dropship produk berasaskan coklat.
Eliya Maisaran Mohamad
“Saya sebenarnya baru lagi menjadi ejen dropship ini, baru 4 hari lepas. Saya tahu mengenai ejen dropsphip ini selepas kenal dengan seorang senior saya di UIA Gombak.
“Dari situlah saya bulatkan tekad untuk cuba lakukan perkara lain, memandangkan di rumah juga tidak lakukan apa-apa.
“Selepas mempromosikan produk di media sosial, saya tidak sangka sambutan memang di luar jangkaan. Alhamdulillah, ramai buat tempahan. Walaupun sesi pembelajaran di kampus tidak diteruskan ketika ini, saya tetap dapat mencari sedikit wang tambahan,” katanya.
Jelas Ellya, dalam tempoh masa yang singkat beliau dapat mengambil tempahan sebanyak 30 balang dalam waktu sehari, dengan keuntungan nilai bersih RM160 ringgit.
Ketika dihubungi FMT, beliau memaklumkan sudah menerima tempahan sebanyak 10 balang, dengan hanya duduk di rumah.

“Saya terima pelanggan dari seluruh negara memandangkan lakukan pemasaran di media sosial. Memang sasaran saya adalah untuk generasi muda. Jika sebelum ini semasa di kampus, saya sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pelajar, kali ini saya boleh cuba perkara lain pula,” katanya. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.