Android TV Kini Boleh Ditambah Dalam Kumpulan Pembesar Suara Pintar
Google Home adalah aplikasi hab mengawal peranti-peranti berhubung yang boleh diintegrasi dengan Google Assistant. Salah satu fungsi menarik adalah speaker group, iaitu menjadikan beberapa pembesar suara sebagai satu set stereo. Fungsi ini bukan sahaja terhad kepada pembesar suara pintar, malah jika pengguna memiliki pembesar suara Bluetooth – ia turut boleh disertakan dalam speaker group ini.
Got an update for the Chromecast Built-in app on my Shield TV yesterday and I can now add my #AndroidTV in a speaker group ! Finally pic.twitter.com/gEEYUb9kMG
— Android TV Guide (@androidtv_rumor) May 2, 2020
Terkini, Android TV sudah boleh ditambat dan diselarikan bersama-sama kumpulan pembesar suara ini. Bukan itu sahaja, pengguna turut boleh sertakan paparan pintar dalam speaker group ini. Jadi, secara tidak langsung kandungan dari telefon pintar boleh terus dicast ke kumpulan pembesar suara ini. Contohnya, jika menggunakan Spotify dan gunakan fungsi cast – ia akan memainkan muzik pada semua peranti yang diselarikan dalam kumpulan ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment