Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi MySejahtera Menambah Ciri Imbasan QR Untuk Daftar Masuk Premis Perniagaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi MySejahtera Menambah Ciri Imbasan QR Untuk Daftar Masuk Premis Perniagaan


Pada hari ini, terdapat perkhidmatan seperti SElangkah, DaftarQR, KLStep dan juga GerakMalaysia yang menyertakan sokongan untuk premis perniagaan menjana kod QR untuk digunakan dalam merekodkan pengunjung yang hadir ke sesuatu premis. Selain daripadanya, kini aplikasi MySejahtera turut menawarkan ciri terbaru selari dengannya.

MySejahtera QR

Kemaskini baru untuk MySejahtera kini menawarkan ciri ini, yang memudahkan pengguna untuk mengimbas kod QR, dan seterusnya memasukkan data mereka – berbanding menulis menggunakan pen di sejumlah premis pada hari ini. Langkah ini akan memudahkan lagi pemilik premis, mahupun pihak berkuasa sekiranya ingin melakukan pengesanan kontak berbanding perlu menulis menggunakan kertas. Buat masa ini, ciri ini lebih kepada imbasan kod QR sahaja, dan tidak menyertakan lagi kebolehan untuk premis menjana kod QR masing-masing.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama pihak KKM. Semestinya, dengan penggunaan aplikasi ini secara menyeluruh, ia akan menjadi salah satu aplikasi utama – sekaligus menggantikan pelbagai perkhidmatan lain dengan ciri sama di pasaran.

Buat masa ini, MySejahtera telah dimuat-turun oleh lebih 700,000 individu seluruh negara.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.