Telegram Menghentikan Operasi Kriptowang – TON
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah mendengar mengenai pembangunan sistem kriptowang tersendiri daripada Telegram, dibawah apa yang dinamakan TON (Telegram Open Network).
Melaluinya, pada awalnya ia dirancang untuk membangunkan sistem rangkaian-blok tersendiri, sekaligus memudahkan pengguna menghantar dan menerima kriptowang yang mana turut diintegrasikan pada perkhidmatan permesejan.
Apa pun, kini pengasas Telegram mengumumkan yang mana pihak Telegram tidak lagi terlibat dalam pembangunan TON.
Langkah ini dilihat diambil lanjutan daripada pihak berkuasa di Amerika Syarikat yang menghalang jualan kriptowang Telegram yang dinamakan Gram. Pengasas Telegram juga kurang bersetuju dengan sistem perundangan Amerika Syarikat yang turut mempunyai kuasa untuk menghalang jualan kriptowang diluar negara berkenaan.
Dengan pembatalan ini, ia tidak diketahui lagi apakah langkah seterusnya oleh pihak Telegram. Selain Telegram, Facebook juga kini menghadapi cabaran dalam pembangunan sistem kewangan mereka dinamakan Libra.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment