Hi! Welcome Back and Stay Tune! MPKj saring 216 peniaga, pekerja Pasar Awam Kajang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MPKj saring 216 peniaga, pekerja Pasar Awam Kajang


SHAH ALAM, 21 MEI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengambil langkah awal membendung penularan Covid-19 dengan membuat saringan terhadap 216 peniaga dan pekerja di Pasar Awam Kajang, kata pegawai perhubungan awamnya.

Kamarul Izlan Sulaiman berkata program yang dilakukan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di Dewan Seri Cempaka MPKj Saujana Impian pada 18 Mei lalu.

“Kesemua peniaga dan pekerja diminta menjalani saringan ini sebelum mereka dibenarkan bekerja atau berniaga semula.

“Kami belum mendapat keputusan rasmi mengenai saringan tersebut dan menunggu makluman daripada Kementerian Kesihatan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini malam tadi.

Beliau berkata, pasar berkenaan mula ditutup semalam bagi tujuan pembersihan dan nyahkuman manakala pembukaan semula akan dimaklumkan kemudian.

“Keselamatan orang awam adalah keutamaan walaupun kami sedia maklum Aidilfitri bakal disambut hujung minggu ini,” jelasnya.

Sebelum ini, empat pasar awam ditutup berhubung kait dengan kluster kes di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Pasar yang ditutup ialah dua di Selangor membabitkan Pasar Awam Taman Megah dan Pasar Awam di Jalan Othman, masing-masing sebuah pasar di Jalan Chow Kit dan pasar di Bahau, Negeri Sembilan.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.