Pelancaran Samsung Galaxy Note 20 Dilaporkan Akan Dilakukan Secara Atas Talian
Samsung sebelum ini mengesahkan pelancaran Samsung Galaxy Note 20 tidak akan ditunda pada bulan Ogos walaupun dunia masih lagi bertarung dengan koronavirus. Hari ini menurut laporan media Korea Selatan, acara pelancarannya akan dilakukan secara atas talian.
Ini menjadikannya peranti pintar mercu pertama Samsung yang dilancarkan secara atas talian dan mengikuti jejak pengeluar lain yang melakukannya atas dasar keselamatan. Secara tradisinya Galaxy Note akan dilancarkan di New York pada bulan Ogos.
Beberapa maklumat yang telah didengari setakat ini ialah siri Note 20 akan dilengkapi bateri yang lebih kecil berbanding siri S20 dan walaupun hadir dengan sensor 108-megapixel, Note 20+ tidak akan mempunyai kemampuan zum 100X. Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini akan diketahui apabila kita semakin hampir kepada pelancarannya Ogos hadapan.
Sumber Herald menerusi Sammobile
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment