Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy S20 Tactical Edition Dilancarkan Untuk Kegunaan Anggota Tentera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy S20 Tactical Edition Dilancarkan Untuk Kegunaan Anggota Tentera


Askar modem dilengkapi pelbagai peralatan elektronik bagi memberikan kelebihan di medan perang. Sistem GPS memberikan lokasi yang tepat, dron mini memudahkan pemantauan dan senjata pintar dapat memusnahkan musuh tanpa risiko terkena anggota sendiri. Samsung telah melancarkan Galaxy S20 Tactical Edition (TE) yang direka khusus untuk kegunaan askar di medan perang.

Ia sebenarnya sebuah Galaxy S20 dengan perisian yang memenuhi kehendak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DOD) dan melepasi piawaian Agensi Keselamatan Negara (NSA). Peranti kemudian diletakkan di dalam kerangka tahan lasak khas yang mempunyai cagak terbina membolehkan ia dipasang pada dada anggota infantri.

Selain itu kamera S20 TE turut mempunyai mod pandangan waktu malam yang mematikan skrin bagai tidak mengganggu gogal mod malam yang dipakai. Skrin juga lebih sensitif kepada pengguna yang memakai sarung tangan taktikal serta terdapat butang khas yang mematikan kesemua rangkaian LTE serta radio untuk mengelakkan diri dari dijejak.

Samsung Galaxy S20 TE dilengkapi skrin 6.2″ Fluid AMOLED WQHD+, dijana cip Snapdragon 865, dilengkapi 12GB RAM, storan 128GB, kamera utama 12+64+12 megapixel, kamera hadapan 10-megapixel dan bateri sebesar 4000 mah. Malang sekali peranti yang kelihatan tahan lasak dengan warna Olive Green ini tidak ditawarkan kepada orang awam.

Ini menandakan anggota tentera elit Amerika Syarikat kembali kepada peranti Samsung selepas ia digantikan dengan iPhone 6S pada tahun 2016. Sebelum itu Samsung Galaxy Note 2 digunakan sebagai sebahagian daripada Android Tactical Assault Kit  (ATAK).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.