Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pahang hanya laksana PKPB di zon hijau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pahang hanya laksana PKPB di zon hijau


Pahang membenarkan pasar awam di zon hijau beroperasi mulai 5 pagi hingga 2 petang dengan pelanggan hanya dibenarkan berada di gerai antara 5 hingga 20 minit, tidak menyentuh barang jualan dan seorang pelanggan di sebuah gerai dalam satu-satu masa.
KUANTAN: Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Pahang hanya melibatkan premis di kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon hijau dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan negeri.
Setiausaha Kerajaan Pahang, Sallehuddin Ishak berkata PKPB itu melibatkan restoran, kilang, medan selera/pusat penjaja, trak makanan, kawasan rehat dan rawat (R&R), stesen minyak, pasar awam, kompleks beli-belah serta dobi layan diri.
Bagi aktiviti riadah, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang bermesyuarat semalam memutuskan aktiviti yang dibenarkan dengan syarat ialah golf, joging, berbasikal dan aktiviti bermotosikal.
“Semua pihak berkuasa tempatan akan memantau premis dan aktiviti riadah yang dibenarkan dan JKKN bersetuju menubuhkan pasukan penguat kuasa yang turut dianggotai Jabatan Kesihatan Pahang, polis dan agensi penguatkuasaan lain.
“Sebarang kesalahan dan pelanggaran pematuhan SOP boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan semalam.
Sallehuddin berkata, syarat am yang perlu dipatuhi semua premis ialah memastikan pekerja bebas Covid-19, mewajibkan penggunaan topeng, pekerja tidak dibenarkan berehat serentak serta premis melebihi 10 pekerja perlu menubuhkan Pasukan Respons Kecemasan.
Katanya, mereka juga perlu melakukan pemeriksaan suhu pekerja setiap hari yang direkodkan, termasuk kepada pelanggan dan pelawat, mencatatkan maklumat pelanggan seperti alamat dan nombor telefon, menyediakan cecair pembasmi kuman dan melakukan proses nyah kuman setiap hari.
“Restoran perlu memastikan jarak 2m antara meja dan 1m antara kerusi pelanggan dengan waktu operasi dibenarkan selepas tamat Ramadan ialah 12 jam mulai 7 pagi, manakala penjualan hanya secara bungkus dibenarkan untuk medan selera dan trak makanan.
“Stesen minyak dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen sedia ada dengan pengusaha perlu menyediakan sarung tangan atau cecair pembasmi kuman di setiap pam dan ‘nozzle’ dinyah kuman setiap jam.”
Beliau berkata, antara SOP bagi R&R ialah pengurusan lebuh raya memastikan mereka yang mahu menggunakan surau membawa sejadah dan telekung sendiri, meletakkan sabun di tempat mengambil wuduk serta hanya seorang pelanggan dibenarkan di sebuah meja makan.
Pasar awam dibenarkan beroperasi mulai 5 pagi hingga 2 petang dengan pelanggan hanya dibenarkan berada di gerai antara 5 hingga 20 minit, tidak menyentuh barang jualan dan seorang pelanggan di sebuah gerai dalam satu-satu masa.
“Premis dobi layan diri dibenarkan beroperasi 7 pagi hingga 7 malam dengan semua mesin perlu dinyah kuman selepas digunakan, tiada aktiviti melipat pakaian dan pemilik premis perlu menyediakan pekerja untuk memastikan SOP ini dipatuhi.
“Tiada operasi berbentuk hiburan dan permainan, termasuk panggung wayang dibenarkan beroperasi di kompleks beli-belah. Pelanggan dilarang mencuba pakaian dan kasut serta tidak dibenarkan membuat penukaran atau pemulangan barang.
“Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke kompleks beli-belah dan jika terdapat kes positif Covid-19, kompleks itu akan ditutup selama 3 hari bagi tujuan pembersihan.”
Bagi aktiviti golf, Sallehuddin berkata, semua kelab perlu memastikan penggunaan “driving range” berdasarkan tempahan, jarak 3m antara pemain dan 1m bagi kedi sepanjang permainan serta tiada pertandingan dibenarkan.
Katanya, aktiviti joging hanya boleh dilakukan secara bersendirian dan di taman perumahan dengan penjarakan sosial 10m serta tiada kanak-kanak di bawah 10 tahun dibenarkan.

“Aktiviti berbasikal dan motosikal pula dibenarkan untuk seorang bagi setiap kenderaan dengan had maksimum kenderaan yang dibenarkan tidak melebihi 5 buah.” - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.