Hi! Welcome Back and Stay Tune! TI-M jangka rasuah bertambah selepas PKP tamat kerana rakyat terdesak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TI-M jangka rasuah bertambah selepas PKP tamat kerana rakyat terdesak


Bekas presiden TI-M, Akhbar Satar berkata kesukaran yang berpunca daripada PKP akan meningkatkan ‘ruang dan peluang’ untuk rasuah berlaku dalam sektor awam serta swasta.
PETALING JAYA: Kumpulan anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) menjangkakan peningkatan dalam rasuah selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat kerana sikap terdesak yang berpunca daripada kelembapan ekonomi susulan krisis Covid-19.
Presidennya, Muhammad Mohan berkata pandemik itu yang disusuli PKP – dilaksanakan untuk membendung penularan itu – melumpuhkan banyak perniagaan dan ramai yang akan cuba mencari peluang perniagaan baru.
“Di sinilah risikonya kerana apabila mereka terdesak untuk perniagaan, mereka akan melakukan apa saja untuk merasuah pegawai dan pembuat keputusan,” katanya kepada FMT.
Muhammad berkata, terdapat kaitan tidak langsung antara terdesak dan rasuah, dengan individu terdesak akan mendapatkan bantuan mereka yang berkuasa.
Mereka termasuk ahli politik, pegawai kanan kerajaan dan pembuat keputusan penting di sektor swasta.
Katanya, individu di kedudukan berkuasa juga akan menggunakan peluang ini untuk mendapat sogokan.
“Oleh itu, ada kemungkinan kelulusan diberikan walaupun pemohon mungkin tidak layak.”
Bekas presiden TI-M, Akhbar Satar berkata keadaan yang berpunca daripada PKP akan meningkatkan “ruang dan peluang” untuk rasuah berlaku dalam sektor awam serta swasta.
Susulan kenyataan Jabatan Perangkaan semalam yang kadar pengangguran meningkat 17.1% kepada lebih 600,000 pada Mac akibat PKP, Akhbar berkata, keadaan akan bertambah teruk selepas PKP berakhir.
Katanya, apabila rakyat tiada pekerjaan dan menderita akibat kehilangan pendapatan, ada kemungkinan mereka akan terbabit dalam amalan tidak beretika seperti rasuah, jenayah siber dan penipuan, khasnya apabila mereka kebuntuan.
Ekonomi yang lemah akan memburukkan keadaan bagi individu, keluarga dan organisasi.
“Jika anda tidak dapat mencari kerja dan anda ada keluarga perlu disara, satu-satunya cara ialah melalui penipuan atau rasuah. Mereka yang mempunyai kuasa budi bicara akan diuji.”
Sementara itu, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata peningkatan kes rasuah bergantung sama ada proses ketelusan, akauntabiliti serta semak dan imbang masih ditegakkan.
Pengurus penyelidikan Unit Demokrasi dan Tadbir Urusnya, Aira Azhari berkata sudah ada satu kes dakwaan rasuah dalam Kementerian Kesihatan ketika PKP, walaupun ia mungkin disebabkan proses pemerolehan lemah.
Beliau merujuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas dakwaan kontrak RM30 juta yang diberikan kepada sebuah syarikat untuk membekalkan peralatan bagi makmal ujian Covid-19 KKM.

“Dari segi rasuah berskala kecil, peningkatan pengangguran dan kesulitan ekonomi mungkin menyebabkan sesetengah orang mengambil langkah terdesak. Bagaimanapun, ia tidak semestinya rasuah.” - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.