Hi! Welcome Back and Stay Tune! SIAPA AHLI PARLIMEN PKR YANG AKAN KELUAR PARTI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SIAPA AHLI PARLIMEN PKR YANG AKAN KELUAR PARTI


Kamarul Yusoff
Agak kecoh malam ini dengan laporan Free Malaysia Today mengenai ura-ura seorang Ahli Parlimen PKR akan keluar parti.
Bila ditanya oleh kawan-kawan, walaupun tidak ada sebarang maklumat mengenainya, terpaksalah saya membuat sedikit tekaan.
Mengikut senarai saya pada 18 Julai 2019, Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali ada 15 penyokong di kalangan Ahli-Ahli Parlimen PKR, iaitu:
1. P009 Alor Setar: Chan Ming Kai
2. P047 Nibong Tebal: Dato’ Mansor Bin Othman
3. P082 Indera Mahkota: Dato’ Saifuddin Abdullah
4. P099 Ampang: Hajjah Zuraida Binti Kamaruddin
5. P105 Petaling Jaya: Maria Chin Binti Abdullah
6. P107 Sungai Buloh: Sivarasa Rasiah
7. P112 Kuala Langat: Datuk Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandram
8. P124 Bandar Tun Razak: Dato’ Kamarudin Jaffar
9. P140 Segamat: Dato’ Sri Dr Santhara Kumar
10. P150 Batu Pahat: Dato’ Mohd Rashid Hasnon
11. P158 Tebrau: Steven Choong Shiau Yoon
12. P179 Ranau: Jonathan Bin Yasin
13. P198 Puncak Borneo: Willie Anak Mongin
14. P205 Saratok: Ali Anak Biju
15. P214 Selangau: Baru Bian
Pada 24 Februari 2020, 10 daripada mereka telah keluar parti bersama-sama Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, di mana mereka adalah:
1. P047 Nibong Tebal: Dato’ Mansor Bin Othman
2. P082 Indera Mahkota: Dato’ Saifuddin Abdullah
3. P099 Ampang: Hajjah Zuraida Binti Kamaruddin
4. P124 Bandar Tun Razak: Dato’ Kamarudin Jaffar
5. P140 Segamat: Dato’ Sri Dr Santhara Kumar
6. P150 Batu Pahat: Dato’ Mohd Rashid Hasnon
7. P179 Ranau: Jonathan Bin Yasin
8. P198 Puncak Borneo: Willie Anak Mongin
9. P205 Saratok: Ali Anak Biju
10. P214 Selangau: Baru Bian
Setelah keluarnya 10 Ahli Parlimen PKR yang asalnya menyokong Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali ini maka tinggallah lagi 5 Ahli Parlimen PKR yang berpotensi untuk keluar parti, iaitu:
1. P009 Alor Setar: Chan Ming Kai
2. P105 Petaling Jaya: Maria Chin Binti Abdullah
3. P107 Sungai Buloh: Sivarasa Rasiah
4. P112 Kuala Langat: Datuk Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandram
5. P158 Tebrau: Steven Choong Shiau Yoon
Daripada 5 Ahli Parlimen PKR ini hati saya berat menyatakan bahawa Ahli Parlimen PKR yang diberitakan akan keluar parti ini adalah sama ada Steven Choong Shiau Yoon dari P158 Tebrau atau Chan Ming Kai dari P009 Alor Setar.
Walau apa pun, kita tunggu esok sajalah untuk mengetahui identiti sebenar Ahli Parlimen PKR yang diberitakan akan keluar parti ini.
Ada kemungkinan juga Ahli Parlimen PKR yang akan keluar parti ini nantinya akan menyertai parti berbilang kaum seperti GERAKAN.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.