Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imej Ini Boleh Mengakibatkan Peranti Android Gagal Berfungsi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imej Ini Boleh Mengakibatkan Peranti Android Gagal Berfungsi


Selamat datang ke bulan Jun dan kita memulakan separuh masa kedua 2020 dengan berita yang kurang enak untuk peranti Android. Semalam @UniverseIce memuat naik gambar yang menurut beliau akan mengakibatkan peranti Samsung gagal berfungsi sekiranya digunakan sebagai imej latar belakang peranti. Seperti biasa ramai yang menganggap ia mungkin sebuah ciapan jenaka kerana beliau kerap berkongsi imej latar belakang. Tetapi sebenarnya ini adalah benar dan mendatangkan masalah kepada kebanyakan peranti Android.

Dari bebenang ciapan asal, imej di atas mendatangkan masalah kepada kebanyakan peranti Android 10 yang menyokong paparan HDR10. Ada sebilangan peranti yang tersekat pada boot loop dan ada juga yang akan gagal beroperasi sebaik sahaja peranti dihidupkan semula. Antara peranti yang terkesan ialah Samsung, Google Pixel dan OnePlus. Imej ini turut mendatangkan masalah kepada penyelaku Android di dalam komputer.

Untuk menyelesaikan masalah ini pengguna perlu memasuki Safe Mode akan melakukan tetapan semula peranti sehingga memadamkan data. Oleh itu kami memberikan amaran supaya anda tidak mencuba sendiri kerana kelak mendatangkan masalah yang besar.

Menerusi laman Reddit, seorang pengguna menemui sumber masalah iaitu profil warna Google/Skia/E3CADAB7BD3DE5E3436874D2A9DEE126 yang tidak dikod dengan betul pada imej. Ini mengakibatkan sistem imej latar belakang Android gagal beroperasi sehingga peranti gagal beroperasi.

Kami telahpun membuang profil warna bermasalah ini pada imej di atas maka anda tidak perlu risau ia boleh digunakan semula untuk mendatangkan masalah kepada peranti Anda. Pihak Google telahpun diberitahu mengenai isu ini tetapi masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.