Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Note 20 Mungkin Menggunakan Exynos 992 Dengan Cortex A78 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Note 20 Mungkin Menggunakan Exynos 992 Dengan Cortex A78


Bulan lalu mula kedengaran ura-ura Samsung akan menghasilkan cip Exynos 992 yang lebih baik berbanding Exynos 990. Dalam laporan asal, Exynos 992 dipercayai akan menggunakan teknologi 6nm dan bakal menjadi pemproses kepada Samsung Galaxy Note 20. Tetapi kini muncul laporan baharu dari ZDNet yang mendakwa Exynos 992 ini akan dihasilkan menerusi teknologi 5nm dan menggunakan CPU serta GPU terkini ARM.

Dalam laporan yang sama, Samsung dipercayai akan memulakan penghasilan cip 5nm pada skala besar Ogos ini. Cip Exynos 992 mungkin akan dilengkapi CPU ARM Cortex-A78 dan GPU Mali G78 yang baru sahaja diumumkan minggu lalu. Cortex A-78 menjanjikan peningkatan pemproses sehingga 20% dengan penjimatan bateri sehingga 10%. Mali-G78 pula menawarkan peningkatan prestasi grafik sehingga 25%.

Kami merasakan ura-ura ini menarik tetapi kemungkinan besar tidak akan berlaku. ARM sendiri berkata Cortex-A78, Cortex-X1 dan Mali-G78 adalah untuk penggunaan cip peranti 2021. Pada waktu yang sama tidak masuk akan untuk Samsung menawarkan Galaxy Note 20 dengan pemproses yang jauh lebih baik berbanding Galaxy S2o kerana akan hanya menimbulkan kemarahan pengguna. Tahun lalu Exynos 9825 pada Galaxy Note 10 hanya sekadar meningkatkan kelajuan teras berbanding Exynos 9820 pada Galaxy S10.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.