Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat sudah muak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat sudah muak




Apakah pilihan raya umum ke-15 akan diadakan tahun ini?
Pakatan Harapan yang diketuai Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad secara berasingan memulakan perang psikologi untuk menimbulkan was-was terhadap bilangan sokongan ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Mengapa perang psikologi ini dibuat melalui perspektif ini? Jika Muhyiddin tidak memiliki majoriti ahli Parlimen, siapakah yang memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen?
Apakah Anwar ataupun Mahathir? Setakat ini Anwar dan Mahathir, kedua-duanya menyatakan mereka tidak tahu siapa ialah calon PM dari PH.
Jika salah satu mereka sudah mempunyai majoriti, sudah pasti perang psikologi akan berubah arah daripada menimbulkan was-was Muhyiddin tidak mempunyai sokongan yang cukup, kepada perang psikologi menimbulkan kenyataan Anwar ataupun Mahathir sudahpun mempunyai jumlah sokongan yang cukup untuk menjadi PM.
Selagi sokongan terhadap Anwar dan Mahathir sebagai PM tidak diketahui, maka Muhyiddin adalah ahli Parlimen yang mempunyai sokongan paling banyak untuk menjadi PM di waktu ini.
Strategi PH sejak dulu ialah mewar-warkan sesuatu agar rakyat percaya terlebih dahulu. Contohnya Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub baru-baru ini berkata PH boleh kembali membentuk kerajaan sebelum Julai. Liew Chin Tong dari DAP pula memulakan tulisan-tulisan “psywar” cuba melagakan pimpinan Perikatan Nasional. Manakala PPBM terus meledakkan audio-audio mesyuarat yang sepatutnya tidak dirakam.
Langkah Kajang, 16 September dan strategi cuba menekan Mahathir menyatakan tarikh untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar boleh dilingkungkan sebagai strategi yang sama. Masalah strategi PH ini ialah ia memberikan masa kepada musuh untuk merancang tindakbalas, dan akhirnya strategi ini membuahkan hasil yang tidak dijangka dan diinginkan.
Persoalannya, apakah kali ini ia akan menghasilkan kesudahan yang berbeza?
Ini berbeza dengan strategi politik yang diambil oleh pimpinan PN. Strategi PN seperti langkah Sheraton. Ia mengejutkan dan ia mematikan. Ia tidak diwar-warkan untuk musuh bersedia dan ia dilancarkan ketika musuh paling tidak bersedia.
Setakat ini, pimpinan PH memilih untuk tidak berperang mulut dengan PH. Jika ada yang menjawab pun hanyalah bekas perdana menteri Najib Razak. Maklumlah, hampir setiap perkara yang dicetuskan PH meski dikait dengan beliau.
Tiada siapa yang tahu apa yang sedang dirancang PN untuk bertindak balas. Apakah ada kejutan menanti PH? Atau apakah PN akan ketandusan idea kali ini?
Jika antara PN dan PH, mereka terus tidak dapat mencapai perbezaan sokongan majoriti di Parlimen yang nyata menjelang sidang parlimen seterusnya, eloklah semua pihak menghentikan drama politik dan membiarkan kerja pemulihan ekonomi dilakukan tanpa gangguan.
Apapun, Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mula merangka prosedur operasi standard mengendalikan pilihan raya. Ini kerana kemungkinan PRU15 bakal diadakan adalah sangat tinggi jika politik negara terus bergolak.
Biarpun wabak Covid-19 di dalam keadaan terkawal, mengadakan pilihan raya adalah satu risiko yang amat besar kepada kesihatan rakyat dan ekonomi negara.
Jika politik negara terus bergolak sehingga pimpinan kerajaan tidak dapat memfokuskan kerja memulihkan ekonomi negara ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP), percayalah majoriti rakyat akan lebih rela memilih untuk berdepan dengan risiko yang ada dan menuntut Parlimen dibubarkan. Ini kerana majoriti rakyat sudah berasa muak dengan drama politik yang sedang berlaku hari ini. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.