Hi! Welcome Back and Stay Tune! John Bolton : Trump Akan Menarik Dakwaan Ke Atas Huawei Jika China Mendatangi Perjanjian Perdagangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

John Bolton : Trump Akan Menarik Dakwaan Ke Atas Huawei Jika China Mendatangi Perjanjian Perdagangan


Sekatan ke atas Huawei oleh Amerika Syarikat dilihat oleh ramai sebagai taktik mereka untuk memaksa China menandatangani perjanjian perdagangan baharu yang dilihat lebih seimbang. Namun begitu A.S berkali-kali berkata sebab ia dilakukan adalah atas faktor keselamatan dan kerana Huawei didakwa mencuri teknologi.

Wall Street Journal hari ini menerbitkan petikan dari buku John Bolton yang merupakan mantan penasihat keselamatan negara A.S pentadbiran Presiden Trump. Menurut beliau tahun lalu presiden Trump menawarkan untuk menarik kesemua dakwaan ke atas Huawei sekiranya China bersetuju menandatangani perjanjian perdagangan baharu. Penerbitan buku ini cuba dihalang oleh Trump menggunakan alasan mengandungi maklumat sulit negara.

Amerika SyarikatPerang perdagangan di antara China dan A.S sudah berlarutan selama beberapa tahun. A.S ingin meningkatkan tarif import  ke atas produk China sehingga 25% tetapi Beijing ingin ia dikekalkan ke 10%, Dalam petikan buku yang sama Bolton mendakwa hukuman yang dikenakan ke atas ZTE pada tahun 2018 dikurangkan oleh Trump sebagai langkah untuk melembutkan hati Xi Jinping untuk menerima tawaran A.S.

Sehingga kini perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia ini masih belum menunjukkan akan berakhir dalam masa terdekat. A.S terus mengenakan sekatan ke atas kelengkapan telekomunikasi Huawei dan berjaya meyakinkan sekutu mereka untuk melakukan perkara sama seperti yang dilihat di Jepun dan United Kingdom.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.