Samsung Mempatenkan Telefon Dengan 6 Sensor Kamera Belakang
Peranti dengan sokongan kamera pelbagai guna sebenarnya sangat menguntungkan pengguna kerana mereka boleh mengambil gambar atau video dengan kualiti lebih baik, dan menggunakan pelbagai sudut. Samsung kini melangkah setapak lagi ke hadapan apabila dikatakan telah mempatenkan sebuah peranti baru dengan enam kamera utama yang dipertingkatkan.
Rekaan paten telah difailkan menerusi pangkalan data WIPO. Ia memperlihatkan peranti ini akan menggunakan lima kamera sudut lebar dengan panjang fokus setara 28mm dan satu lensa telefoto. Difahamkan, kamera ini menggunakan kamera sensor bergerak. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menangkap imej panorama dengan kesan bokeh secara teknikal.
Samsung buat masa ini sekadar memfailkan paten sahaja dan tidak bermakna ia akan sama dengan produk akhir. Adakah Samsung bakal melancarkannya secara komersial atau tidak, ia masih menjadi misteri.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment