Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 kes suami jadi mangsa dera isteri sepanjang PKP di Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 kes suami jadi mangsa dera isteri sepanjang PKP di Selangor


Siti Mariah Mahmud percaya kes keganasan rumah tangga membabitkan suami di Selangor lebih banyak daripada yang dilaporkan kerana kebanyakan mangsa tidak membuat laporan kerana malu, tidak mahu digelar dayus serta masih menyayangi isteri.
SHAH ALAM: Selangor merekodkan 5 kes keganasan rumah tangga membabitkan suami menjadi mangsa sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 3 Mei lalu.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga negeri, Siti Mariah Mahmud berkata semua mangsa berumur 18 hingga 60 tahun itu didera isteri secara fizikal dan emosi.
“Mangsa kelima-lima kes ini membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kita dapati ia berlaku dalam tempoh PKP,” katanya di lobi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Bagaimanapun, beliau percaya jumlah kes keganasan rumah tangga membabitkan mangsa dalam kalangan suami di Selangor sebenarnya lebih daripada yang dilaporkan.
Ini kerana, katanya, kebanyakan mangsa tidak membuat laporan atas pelbagai sebab, termasuk malu, tidak mahu digelar dayus serta masih menyayangi isteri.
“Semasa PKP, saya juga menerima laporan seorang suami cedera di mata akibat ditumbuk isteri, tetapi kita hanya dapat bagi bantuan tempat perlindungan, berikutan mangsa tidak mahu membuat laporan.”
Beliau menasihatkan mangsa keganasan rumah tangga tidak malu membuat laporan supaya bantuan susulan dapat diberikan agensi berkaitan. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.