Kemaskini iOS 13.6 Boleh Dimuat Turun – Mengaktifkan Fungsi Kunci Digital Untuk Kereta
Apple memberikan dikemaskini iOS 13.6 pagi ini dengan beberapa fungsi baharu yang pastinya dinantikan pemilik kenderaan yang menyokong sistem nyahkunci. Kemas kini adalah sebesar 285.6 MB dan boleh dilakukan secara OTA pada kesemua peranti yang layak.
Apple CarKey membolehkan kereta dinyahkunci dan dihidupkan tanpa kunci fizikal. Pengguna boleh memberikan akses kepada mana-mana individu dengan berkongsi kebenaran dengan menghantar mesej sahaja. CarKey diaktifkan walaupun pada waktu ini disokong pada BMW siri 5 2021 sahaja.
Selain itu aplikasi Health juga dikemaskini untuk mencatatkan simptom kesakitan terus pada aplikasi. Dengan wabak Covid-19 yang masih belum berakhir, pengguna boleh mencatatkan simptom seperti batuk, demam dan sakit tekak. Akhir sekali tampalan pepijat yang mengakibatkan panggilan WiFi terganggu dan memuat turun kemas kini peranti apabila peranti mengesan WiFi juga diaktifkan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment