Apple Menyasarkan Operasi 100% Neutral Karbon Menjelang 2030
Pada tahun 2018, Apple berjaya menepati sasaran operasi harian di pejabat dan rangkaian Apple Store mereka menggunakan sumber tenaga lestari. Kini mereka mahu selangkah lagi dengan sasaran 100% operasi dari pejabat, Apple Store, pengilangan produk, sepanjang kitaran hayat produk, pusat data, dan rantaian bekalan akan menjadi neutral karbon menjelang 2030.
Usaha ke arah sifar pencemaran ini telahpun dimulakan dengan Macbook baharu kini dihasilkan menggunakan aluminium mesra alam yang menerima pelaburan Apple pada tahun 2018. Kesemua iPhone yang dihasilkan tahun ini juga dilengkapi Taptic Engine yang menggunakan sumber galian nadir bumi yang dikitar semula. Terdahulu robot Daisy telah diperlihatkan dengan kemampuan mengasingkan komponen iPhone lama secara automatik untuk dikitar semula.
Apple berjaya mendapatkan komitmen dari 70 pembekal untuk menggunakan sumber tenaga yang dijana sepenuhnya dari sumber lestari. Pusat data Apple pula menggunakan sumber tenaga yang dijana sepenuhnya menggunakan sumber lestari sejak 2014.
Menjelang 2030, Apple berharap dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke udara sebanyak 75% dengan baki 24% akan diseimbangkan semula dengan penanaman semula kawasan hutan dan savana.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment