Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Dan Hyundai Mengukuhkan Komitmen Kerjasama Dalam Industri Automotif - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Dan Hyundai Mengukuhkan Komitmen Kerjasama Dalam Industri Automotif


Sebelum ini, Samsung dikatakan telah bersetuju untuk membekalkan bateri kepada kenderaan elektrik Hyundai. Tetapi kerjasama di antara dua syarikat besar dari Korea Selatan akan dikembangkan lagi dan tidak terhad kepada penggunaan teknologi bateri Samsung sahaja. Ketua kedua-dua syarikat ini telah mengadakan pertemuan empat mata untuk membincangkan kerjasama yang lebih menyeluruh di masa hadapan.

Pertemuan ini diadakan di Pusat Penyelidikan & Pembangunan Hyundai di Namyang, Hwaseong, Korea Selatan. Dalam pertemuan tersebut, kedua-duanya dikatakan telah bertukar idea sesama sendiri. Selain, Samsung juga telah diberikan penerangan mengenai teknologi dan produk Hyundai Motor pada masa akan datang. Pada masa sama, Samsung turut sempat menguji kenderaan autonomi dan kenderaan elektrik yang sedang dibangunkan oleh Hyundai sewaktu pertemuan tersebut.

Hyundai mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kereta dan telah memperlihatkan Hyundai Prophecy EV pada Mac lalu dengan stereng digantikan dengan kayu dwi-kayu yang futuristik. Samsung pula mempunyai kepakaran menghasilkan cip untuk kereta pintar, sistem infohibur, menghasilkan sensor kamera dan sistem operasi untuk kenderaan selepas mengambil alih Harman empat tahun lalu. Pengetahuan mereka dalam teknologi 5G dan 6G akan menjadi kunci untuk merealisasikan kenderaan swapandu sebenar.

Nampaknya, pertemuan ini seakan memberi bayangan lebih jelas berkaitan perancangan masa hadapan Samsung. Selain, ia juga boleh dikatakan satu peluang baik untuk kedua-dua pihak ini menjalinkan kerjasama dalam sektor mobiliti yang berkembang pesat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.