Hi! Welcome Back and Stay Tune! TikTok Kini Diharamkan Pula Dari Dipasang Pada Peranti Penjawat Awam Amerika Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TikTok Kini Diharamkan Pula Dari Dipasang Pada Peranti Penjawat Awam Amerika Syarikat


Terdahulu terdapat laporan Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan untuk menghalang akses TikTok di negara mereka. Walaupun masih di tahap cadangan, ia menimbulkan panik di kalangan pengguna TikTok negara tersebut kerana dianggap sebagai platform yang penting. Yang pasti hari ini pemasangan aplikasi TikTok pada peranti milik penjawat awam kini berkuatkuasa selepas melepasi undian di dewan rakyat.

Penjawat awam tidak boleh memasang TikTok hanya pada peranti yang diberikan oleh kerajaan untuk menjalankan tugas. Pada waktu ini mereka masih bebas memasang aplikasi pada peranti milik peribadi. Halangan pemasangan dilakukan atas kerisauan lokasi dan aktiviti penjawat awam boleh dijejak oleh kerajaan China. Sebelum ini pada Disember tahun lalu kesemua anggota tentera Amerika Syarikat diharamkan dari memuat turun TikTok pada peranti milik peribadi atas sebab keselamatan.

Pada tahun ini Amerika Syarikat menggandakan usaha untuk menghalang semua jenis teknologi dari China dari digunakan di negara mereka. Ini melibatkan kelengkapan telekomunikasi dan penggunaan peranti seperti Huawei oleh penjawat awam. Perang perdagangan semakin panas sehingga A.S berjaya memaksa sekutu terdekat untuk mengikut jejak mereka.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.