Hi! Welcome Back and Stay Tune! KBS: Sesi latihan penuh bola sepak dibincang esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KBS: Sesi latihan penuh bola sepak dibincang esok


KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpuas hati dengan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) oleh semua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang sudah memulakan sesi latihan berpasukan Fasa 1 sejak 15 Jun lepas.

Katanya, berdasarkan laporan, semua pasukan menunjukkan komitmen tinggi terhadap SOP.

Beliau berkata kerjasama baik oleh kesemua pasukan setakat ini mencerahkan peluang untuk melihat sesi latihan berpasukan secara sentuhan dibenarkan, namun ia bergantung kepada keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), esok.

“Saya rasa sudah sampai satu tahap kebanyakan pasukan sudah bosan dan secara mentalnya mereka tercabar untuk terus jalani latihan tanpa kontak dan mereka mahu lebih daripada itu.

“Pemain mahu mencapai tahap optimum dalam latihan dan sebab itu saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat esok agar permohonan latihan secara kontak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), hari ini.

Selain cadangan pembukaan sektor sukan bola sepak untuk latihan penuh berkontak, KBS akan turut membawa cadangan kebenaran untuk kejohanan sukan secara berperingkat ke mesyuarat itu.

Sementara itu, Reezal Merican berkata soal kehadiran penonton ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak masih memerlukan beberapa penilaian secara teliti.

“Biar kita pergi daripada satu ke satu perkara dahulu malah jika kita lihat negara lain pun seperti EPL (Liga Perdana Inggeris) dan Bundesliga (Liga Jerman), perlawanan diadakan tanpa penonton,” jelasnya.

Menurut kenyataan itu, beliau terdahulu meninjau sesi latihan skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara menjelang Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 pada Oktober depan, bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Liga-M yang ditangguhkan pada Mac lalu susulan pandemik Covid-19 dijangka bersambung pada September ini.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.