KP Kesihatan: Tiada diskriminasi dalam pengendalian Covid-19
PUTRAJAYA, 8 JULAI: Kerajaan mengendalikan saringan Covid-19 ke atas warga asing dengan adil di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan separa PKPD.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada diskriminasi berdasarkan kerakyatan sama ada warga tempatan, pendatang asing yang masuk secara sah atau tanpa dokumen kerana semua mereka disaring dan menerima rawatan yang sama di hospital.
“Boleh tak anda bayangkan kesan penularan 277 kes wabak itu di dalam komuniti berbanding dari dalam Depot Tahanan (Imigresen (DTI) ) ? Hari ini kita berjaya mengawal penularan di dalam DTI tetapi jika ia merebak di dalam komuniti, sebenarnya wabak itu akan menular kepada orang lain.
Jadi ini adalah sebab mengapa pengasingan adalah penting untuk menyaring mereka yang positif dan kami melayan mereka secara sama rata dari segi pemberian makanan, saringan percuma dan untuk selama 14 hari di hospital MAEPS. Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina hospital sementara untuk merawat pesakit (Covid-19),” katanya kepada wartawan dalam satu sidang media di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata warga asing yang tidak memiliki dokumen dan didapati positif ditahan di pusat akademi imigresen di Port Dickson untuk diasingkan selama 14 hari sebelum menjalani ujian buat kali kedua.
“Sebaik sahaja mereka didapati positif, kami perlu memasukkan mereka ke hospital dan mengasingkan serta merawat mereka di sana.
Pendatang asing tanpa izin akan diuruskan oleh Jabatan Imigresan di DTI dan yang paling penting ialah memastikan mereka adalah negatif dan menghantar mereka pulang secepat mungkin.
Bagi pendatang asing yang mempunyai dokumen sah, apabila ujian ke atas mereka didapati negatif, kami melepaskan mereka seperti warga tempatan selepas PKPD,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia mengenai kebajikan dan perumahan untuk pekerja asing memandangkan peningkatan ketara dalam kes komuniti kebanyakannya berpunca daripada kediaman yang sesak.
“Dalam kes itu, kami telah berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk melihat kepada akta berkenaan untuk memastikan mereka (majikan) menjaga kebajikan dan tempat penginapan pekerja asing,” kata beliau.
Ditanya mengapa jumlah kes yang tidak menunjukkan gejala adalah tinggi , Dr Noor Hisham berkata ini adalah kerana pendekatan saringan bersasar dalam kawasan di bawah PKPD dan separa PKPD.
Beliau berkata setakat semalam, daripada 8,674 kes positif, 6,092 kes (70.25 peratus) adalah tidak bergejala dan 2,282 kes (29.75 peratus) bergejala.
Dr Noor Hisham berkata setiap orang yang berada di dalam PKPD dan separa PKPD telah disaring dan oleh itu lebih ramai pesakit tidak bergejala dikesan.
Beliau berkata KKM akan terus meningkatkan pemantauan dan saringan, ke atas “Severe Acute Respiratory Infections (SARI), Influenza-like-Illnesses (ILI)” dan saringan prapembedahan.
Ditanya sama ada pemeriksaan suhu adalah berkesan, Dr Noor Hisham berkata ia akan mengesan simptom-simptom positif terutama daripada meraka yang tidak menunjukkan gejala.
Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak mampu membezakan pesakit tidak bergejala yang mempunyai risiko jangkitan yang rendah dan mereka yang belum menunjukkan gejala.
Bagaimanapun, hospital boleh mengesan mereka yang belum menunjukkan gejala dengan melaksanakan pengesanan kontak.
Dr Noor Hisham berkata pendekatan pengesanan dan penjejakan aktif akan memberikan Kementerian Kesihatan melihat kepada kontak rapat dan mengasingkan mereka secepat mungkin dan mengelakkan mereka daripada menjangkiti orang lain.
– BERNAMA
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment