Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dewan Rakyat tumpu isu tuntutan hak minyak, gas Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dewan Rakyat tumpu isu tuntutan hak minyak, gas Sarawak


KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Penyelesaian komersial dalam tuntutan hak minyak dan gas di Sarawak antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu tersebut terkandung dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) bertanya Perdana Menteri mengenai usaha kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas bagi meneruskan perbincangan untuk mendapatkan penyelesaian komersial itu.

Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) pula bertanyakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai garis panduan terhadap syarikat yang mahu membuat pelaburan di dalam dan luar negara tetapi masih terpalit dengan isu bayaran pampasan dan sebagainya.

Isu getah turut dibangkitkan oleh Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan usaha kerajaan meluaskan lagi penggunaan getah sebagai elemen utama dalam pembinaan jalan raya dan jika penggunaan getah ini dapat meningkatkan harga getah yang terlalu lesu sekarang.

Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dijadual menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

-BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.