Hi! Welcome Back and Stay Tune! Edifier TWS NB2 Dengan Pembatalan Hingar Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM329 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Edifier TWS NB2 Dengan Pembatalan Hingar Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM329


Pembatalan hingar akan dapat mengurangkan deruman yang mengganggu pengalaman mendengar muzik kegemaran terutamanya di dalam pesawat. Tahun ini kita mula melihat TWS dengan pembatalan hingar aktif  (ANC) yang dijual pada harga mampu milik. Di Malaysia Edifier TWS NB2 mula dipasarkan minggu lalu pada harga RM329.

Fon telinga dari jenis dalam telinga ini dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm yang diperbuat daripada grafena. Dengan ANC diaktifkan, ia boleh beroperasi selama 7 jam dan sehingga 18 jam dengan pod pengecas. Jika ANC dimatikan, ia boleh beroperasi sehingga 9 jam dan sehingga 23 jam dengan pod pengecas.

Ambient Mode turut disokong bagi membolehkan pemakai masih mendengar audio dari luar apabila diperlukan. Mod permainan video pula boleh diaktifkan bagi mengurangkan masa pendam ke 80ms. Untuk melakukan panggilan telefon yang jelas, dua mikrofon terbina pada fon telinga akan dapat mengurangkan gangguan audio luaran. Akhir sekali ia melepasi piawaian IP54 kalis peluh untuk aktiviti sukan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.