Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mediaworkstations a-XP – Komputer Mudah-Alih Dikuasakan CPU AMD Ryzen Threadripper - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mediaworkstations a-XP – Komputer Mudah-Alih Dikuasakan CPU AMD Ryzen Threadripper


Kepelbagaian rekaan komputer desktop bukanlah sesuatu yang baru. Bergantung kepada keperluan pengguna, sebuah komputer boleh hadir dengan saiz besar, sedang ataupun kecil. Malah, tidak mustahil sebuah komputer desktop boleh hadir dengan paparan skrin dan papan kekunci terbina didalamnya.

Terkini, Mediaworkstations, sebuah syarikat pembangun komputer baru memperkenalkan komputer terbaru mereka yang dinamakan a-XP.

Komputer ini dibina khusus untuk mereka yang memerlukan kuasa perkomputeran yang tiada tolok bandingan, tetapi masih inginkan sesuatu yang masih boleh dibawa kemana-mana.

Bermula dengan rekaan, komputer a-XP ini kelihatan seperti komputer desktop, tetapi keunikannya hadir melalui paparan 17.3 inci dengan resolusi Full HD dan papan kekunci terbina didalamnya.

Dari segi spesifikasi, a-XP ini dikuasakan oleh pilihan CPU AMD Ryzen Threadripper 3960X hingga 3990X, memori DDR4 sehingga 256GB, storan SSD PCIe 4.0 dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 sehingga GeForce RTX 2080Ti ataupun NVIDIA Titan, Quadro ataupun Tesla.

Komputer a-XP ini turut disertakan dengan beg tarik yang memudahkan pengguna untuk membawa komputer ini kemana-mana sahaja.

Rekaan unik komputer yang menggabungkan bahagian paparan dan papan kekunci mengurangkan keperluan mencari ruang untuk menyimpan bahagian-bahagian ini.

Bergantung kepada spesifikasi yang dipilih, komputer ini mempunyai tanda harga permulaan $7997 (~RM32,000) yang boleh ditempah terus daripada laman web Mediaworkstations.net.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.