Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mingguan Amanz – Fortnite vs Apple, Xiaomi Mi 10 Ultra, Saman Guna Telefon Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mingguan Amanz – Fortnite vs Apple, Xiaomi Mi 10 Ultra, Saman Guna Telefon Pintar


Minggu ini menyaksikan pengenalan telefon pintar terbaru Xiaomi, iaitu Xiaomi Mi 10 Ultra yang hadir dengan sokongan pengecasan pantas 120W, selain pengenalan Redmi K30 Ultra hadir dengan skrin AMOLED 120Hz.

Mencuri perhatian juga adalah perang antara Epic Games bersama penyedia kedai aplikasi seperti Google dan juga Apple. Permua Fortnite dibuang dari kedua-dua kedai aplikasi kerana pengenalan sokongan pembayaran secara terbina yang melanggar polisi kedua-dua kedai aplikasi – sekaligus membawa kepada perang berkenaan.

Huawei Malaysia kini hadir dengan program baik-pulih peranti lama bermula pada harga serendah RM69. Tidak ketinggalan adalah OnePlus yang telah hadir dengan gambar acah, mengatakan OnePlus Nord bakal dilancarkan di Malaysia pada 18 Ogos ini.

Vivo kini dilihat telah membuat pendaftaran untuk nama-nama produk baru – sekaligus membawa petanda mereka bakal memperkenalkan komputer riba dan tablet baru tidak lama lagi.

Dengan perang antara Amerika Syarikat dan China, aplikasi WeChat dilihat mungkin diharamkan. Selari dengannya, sebuah bancian telah diadakan yang memperlihatkan 95% pengguna iPhone di China mungkin beralih dari telefon iPhone sekiranya WeChat tidak ditawarkan.

Google kini menyertakan sokongan amaran gempa bumi untuk telefon pintar Android di seluruh dunia.

YouTube pada minggu ini menganjurkan program Super Stream yang memperlihatkan filem, drama dan anime dipertontonkan tanpa henti oleh pelbagai penerbit kandungan tempatan.

Maybank pada minggu ini telah mengemaskini aplikasi mereka, dan menyertakan sokongan Duit QR pada aplikasi perbankan mereka.

Celcom Xpax kini hadir dengan sebuah promosi ringkas yang menawarkan akses percuma tanpa had untuk aplikasi Snapchat. Penawaran ini boleh ditebus melalui aplikasi Celcom Life oleh pengguna Xpax.

Akhir sekali, kini Telegram telah mula menguji sokongan panggilan video melalui aplikasi mereka, sekaligus membawa kepada kaedah komunikasi baru selain panggilan permesejan dan panggilan video.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.