Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telegram Memperkenalkan Sokongan Panggilan Video Dalam Bentuk Alpha - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telegram Memperkenalkan Sokongan Panggilan Video Dalam Bentuk Alpha


Telegram telah menguji sokongan membuat panggilan video sebelum ini, dan kini telah pun secara rasminya memperkenalkan dan mengumumkan ciri berkenaan.

Sokongan membuat panggilan video ini masih dilabelkan dalam peringkat alpha, dan terhad untuk panggilan seorang ke seorang sahaja. Ia disokong pada aplikasi Android dan iOS terkini – memerlukan pemanggil dan penerima panggilan menggunakan versi terkini untuk mengujinya.

Telegram Video Call

Telegram sedia menekankan yang mana sokongan panggilan video menjadi fokus ramai pada tahun ini, sekaligus telah menjadikan ia sebagai salah satu medium komunikasi baru yang digunakan ramai pada 2020. Selari dengannya, Telegram memperkenalkan ciri ini pada aplikasi mereka.

Sebelum ini, Telegram sedia mengumumkan bakal turut menyertakan sokongan panggilan video berkumpulan – namun, ia masih belum diintegrasikan pada versi alpha ini.

Untuk menggunakan sokongan panggilan video, anda hanya perlu tap pada profil pengguna yang ingin dipanggil, memilih menu, dan menekan pada pilihan panggilan video.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.