Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permohonan rentas sempadan Malaysia – Singapura dibuka 10 Ogos - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permohonan rentas sempadan Malaysia – Singapura dibuka 10 Ogos


PUTRAJAYA , 8 OGOS: Jabatan Imigresen (JIM) hari ini memaklumkan permohonan kemudahan bagi rentas sempadan di antara Malaysia dan Singapura akan dibuka mulai Isnin ini (10 Ogos).

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata warga asing yang menetap di Singapura yang ingin memasuki Malaysia bagi tempoh yang singkat untuk tujuan rasmi dan urusan perniagaan boleh berbuat demikian melalui kemudahan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).

“RGL juga terpakai untuk warganegara Singapura yang ingin memasuki Malaysia bagi tujuan perniagaan dalam tempoh pendek,” katanya.

Bagi semua warganegara Singapura dan penduduk tetap di Singapura yang mempunyai Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) untuk bekerja dan perniagaan boleh memasuki Malaysia melalui kemudahan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

“Bagi menggunakan kemudahan RGL dan PCA ini, semua pelawat asing perlu membuat permohonan melalui sistem MyTravelPass (MTP) di pautan https://ift.tt/3kswQYU bermula 10 Ogos,” katanya.

Beliau berkata semua pelawat asing perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengaktifkan aplikasi itu dalam telefon mudah alih masing-masing.

Menurutnya pelawat asing yang menggunakan kemudahan RGL, penaja mereka di negara ini perlu membuat permohonan bagi pihak mereka melalui sistem MTP.

“Bagi pelawat asing yang menggunakan kemudahan PCA, majikan mereka di negara ini perlu membuat permohonan bagi pihak mereka melalui sistem MTP,” katanya.

Beliau berkata panduan lengkap tatacara permohonan dan keperluan dokumen bagi kemudahan RGL dan PCA boleh diperoleh menerusi laman web rasmi JIM di www.imi.gov.my dan pihak berkuasa Imigresen Singapura di https://ift.tt/2XK7GLD.

“JIM menasihati semua pelawat asing dan warganegara Malaysia supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan semasa serta peka dengan pengumuman terkini daripada agensi kerajaan berhubung langkah-langkah pencegahan pandemik Covid-19.

“Tindakan undang-undang yang tegas akan dikenakan ke atas mereka yang ingkar dan gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP),” katanya.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.