Hi! Welcome Back and Stay Tune! Qualcomm Dilaporkan Sedang Melobi Untuk Dibenarkan Menjual Cip 5G Kepada Huawei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Qualcomm Dilaporkan Sedang Melobi Untuk Dibenarkan Menjual Cip 5G Kepada Huawei


Berita paling mengejutkan semalam ialah Huawei akan berhenti menggunakan cip Kirin buatan mereka sendiri kerana halangan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Huawei Mate 40 akan menjadi peranti terakhir menggunakan cip keluaran sendiri dan mereka perlu menggunakan cip keluaran pihak ketiga selepas ini.

Menurut laporan Wall Street Journal pagi ini, Qualcomm telah memulakan usaha untuk melobi dibenarkan untuk menjual cip 5G mereka kepada Huawei. Selepas Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti, syarikat dari A.S perlu memohon lesen khas untuk dibenarkan berurusan dengan mereka.

Jika tidak dibenarkan berurusan dengan Huawei, Qualcomm berkata ia akan memberikan keuntungan kepada pesaing mereka iaitu MediaTek dan Samsung. Ini sekaligus akan merugikan syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat sekiranya tidak dibenarkan berurusan dengan Huawei.

Samsung tidak memberikan sebarang komen mengenai laporan ini sementara MediaTek pula berkata cip 5G mereka dipasarkan kepada pelanggan global. Huawei Enjoy 20 Pro telahpun melancarkan peranti dengan cip MediaTek Dimensity 800. Sementara itu Vivo X30 telah menggunakan cip Exynos 980 5G.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.