Twitter Dilaporkan Mengadakan Perbincangan Awal Untuk Mengambil-Alih Operasi TikTok
Twitter merupakan salah satu laman sosial popular dengan peminatnya tersendiri. Terbaru, Twitter dilaporkan telah mengadakan perbincangan awal bersama pihak TikTok untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat.
TikTok telah pun diperkatakan membawa kepada masalah sekuriti, dan pentadbiran Trump mengarahkan aplikasi berkenaan diharamkan atau operasinya dijual kepada syarikat di Amerika.
Selari dengannya, beberapa syarikat telah mula mengadakan perbincangan awal. Yang benar-benar menyatakan minat dan berbincang secara serius adalah Microsoft – apatah lagi dengan keupayaan kewangan dan teknologi mereka tersendiri.
Untuk Twitter sendiri, ia agak mencabar untuk mengambil-alih TikTok. Ini adalah kerana harga jualan operasi TikTok dianggarkan sekitar $10 bilion ke $30 bilion. Sekiranya Twitter ingin mengambil-alih TikTok, mereka memerlukan bantuan daripada pelabur luar untuk mendapatkan dana tambahan.
Apa pun, sekiranya Twitter berjaya mengambil-alih TikTok, maka ia akan memberikan kelebihan dari segi video untuk platform berkenaan yang sedia popular dengan perkongsian teks dan gambar.
Twitter sendiri sebelum ini pernah mengambil-alih Vine, tetapi menamatkan operasinya beberapa tahun yang lepas.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment