Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Startup Terbaik Program SAP 2020 Diumumkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Startup Terbaik Program SAP 2020 Diumumkan


Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) kini telah mengumumkan senarai 10 startup terbaik bagi program Selangor Accelerator Program (SAP 2020). Tahun ini menyaksikan seramai 27 peserta startup bersaing memberikan persembahan produk terbaik ketika acara kemuncak, Pitch @ Selangor 3 : SAP 2020 Demo Day.

Acara kemuncak yang diadakan di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar itu telah dirasmikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negeri, Datuk Teng Chang Khim.

Kesemua peserta diadili 8 juri profesional, di mana 70% markah adalah penilaian daripada penglibatan menyeluruh peserta. Manakala, selebihnya pula adalah skor yang merangkumi aspek prestasi dan kehadiran peserta secara berkala sepanjang tempoh program berlangsung.

Senarai 10 startup terbaik adalah seperti berikut : Linkup Smart Solution, QueueMed, Ejen2u, Pomen, HeyAlfred, GA Allience, Didigo, The Carpedia, Footballhub dan Truckbrader. Difahamkan, lima senarai startup teratas masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah 6,000 setiap seorang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.