Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMD Bakal Bekerjasama Dengan MediaTek Untuk Memasuki Pasaran Komponen WiFi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMD Bakal Bekerjasama Dengan MediaTek Untuk Memasuki Pasaran Komponen WiFi


Apabila bercakap mengenai komponen yang menyambungkan komputer anda kepada rangkaian WiFi, diantara nama yang pastinya dikenali ialah Intel. Sekian lamanya mereka telah membina komponen cip pengawal WiFi yang bukan sahaja digunakan didalam komputer riba yang dikuasakan Intel, tetapi juga pelbagai komponen dan peranti yang lain.

Terkini, AMD dikatakan bakal memasuki arena pembinaan komponen WiFi juga, dimana mereka akan menggunakan komponen pengawal WiFi ini didalam siri-siri komputer riba yang dikuasakan AMD di masa hadapan.

Cabaran terbesar bagi AMD untuk memasuki pasaran ini ialah isu harta intelek ataupun IP, dimana AMD akan memerlukan masa yang sangat panjang untuk mencipta komponen mereka sendiri.

Oleh itu, syarikat tersebut akan bekerjasama dengan MediaTek, sebuah lagi syarikat pembangun cip yang terkenal untuk pelbagai cip-cip sistem mereka, termasuklah cip modem untuk sambungan nirwayar dan sebagainya.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah AMD akan tiba dengan komponen-komponen rangkaian nirwayar ini, tetapi ia mungkin akan tiba dalam generasi akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.