Vivaldi Memperkenalkan “Break Mode” – Untuk Anda Berehat Dari Internet
Pelayar web Vivaldi kini telah memperkenalkan versi terbaru, iaitu Vivaldi 3.3. Bersama-sama dengannya, ia turut menyertakan salah satu ciri baru yang dinamakan sebagai “Break Mode”.
Dengan lebih ramai yang bekerja dari rumah, ia turut membuatkan ramai yang sentiasa melayari web dan menjadikan kehidupan mereka kurang sihat. Melalui ciri Break Mode, ia memudahkan pengguna untuk berehat seketika dan memfokuskan kepada tugasan lain untuk seketika.
Pengguna boleh mengaktifkan Break Mode dengan menekan Ctrl + “.”, dan ia akan menghentikan sementara pelayar web anda.
Disamping itu, pelayar web Vivaldi 3.3 untuk desktop ini turut menyertakan tema baru untuk Private Window, kemudahan untuk memilih pautan pada bar URL, serta ciri penghalang iklan yang ditambah-baik.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web Vivaldi ini hari ini, dan menggunakannya dalam pelayaran web anda.
Layari : Muat-Turun Vivaldi
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment