Samsung Dilaporkan Ingin Meningkatkan Pengeluaran Telefon Pintar Ke 300 Juta Unit Pada 2021
Samsung pada tahun ini dijangka mengeluarkan sekitar 260 juta telefon pintar, dan untuk tahun 2021, pengeluar terkemuka dari Korea Selatan berkenaan dijangka menyasarkan untuk mengeluarkan sekitar 300 juta unit telefon pintar.
Samsung dijangka akan memfokuskan kepada lebih pengeluaran, dan antara sebabnya adalah kerana boikot produk China di India, selain kesan halangan dagangan oleh pihak Amerika Syarikat terhadap Huawei.
Mengikut beberapa desas-desus, pengeluaran peranti Huawei dijangka akan berkurangan secara drastik pada 2021 kelak – antara sebabnya kerana halangan dagangan, termasuk kesukaran Huawei mendapatkan cip pemprosesan untuk peranti mudah-alih. Hal ini seumpama memberi peluang kepada Samsung untuk memenuhi keperluan pasaran.
Untuk tahun lepas, Samsung mengeluarkan sekitar 296 juta peranti, sementara Huawei 240 juta peranti. Namun, untuk tahun ini, angka pengeluaran berkurangan – dan salah satu sebab utamanya adalah kerana penularan wabak Covid-19 yang memberikan kesan terhadap pelbagai sektor.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment