Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya BN boleh pertahan kedaulatan Sabah, kata Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya BN boleh pertahan kedaulatan Sabah, kata Najib


 

KOTA KINABALU: Bekas perdana menteri Najib Razak berkata hanya Barisan Nasional boleh selamatkan Sabah dan mempertahankan kedaulatannya.

Merujuk kepada tuntutan Filipina ke atas negeri itu, Najib membidas ketua menteri sementara, Shafie Apdal, kerana menggesa kerajaan persekutuan membincangkan isu itu dengan Manila untuk selesaikan isu itu.

“Masa zaman Barisan Nasional, isu ini tak timbul kerana mereka hormat kita,” katanya di ceramah di Kampung Sembulan Lama malam tadi.

“Tapi apa sudah jadi sekarang? Saya terkejut ketua menteri buat kenyataan gesa kerajaan mulakan rundingan dengan Filipina.

“Kalau sesiapa nak pertikaikan kedaulatan Sabah langkah mayat dulu…kalau ada orang mahu cetuskan kembali Lahad Datu, kita lawan habis-habisan. Hanya BN boleh selamatkan Sabah.”

Najib berucap demikian ketika berkempen untuk calon BN bagi DUN Tanjung Aru, Mohd Reduan Aklee.

Beliau menambah semasa menjadi perdana menteri, Filipina menghargai bantuan Malaysia dan peranannya dalam rundingan antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro di Kuala Lumpur.

“Ini kemuncak kita sebagai negara kalau orang minta bantuan, maksud kita lagi kuat,” katanya, dan menambah perkara sama tidak boleh dikata terhadap Warisan.

Sementara itu  Najib menyeru sekarang masanya rakyat Sabah mendakap perubahan yang sedang berlaku di seluruh negara, mengatakan rakyat di Semenanjung sudah menolak Pakatan Harapan.

Beliau menarik perhatian kepada kemenangan BN pada pilihan raya kecil Chini dan Slim.

“Sabah kena hati-hati, jangan kena tipu 2 kali,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.