TM Mengatakan Kelajuan Muat-Naik Untuk Pakej 500Mbps Adalah Kesilapan – Bukannya 200Mbps, Tetapi 100Mbps
Lanjutan daripada laporan semalam, pihak Telekom Malaysia kini telah mengeluarkan komen rasmi kepada Amanz, dan menyatakan penyataan kadar muat-naik untuk pakej 500Mbps adalah kesilapan pada bahan promosi dan laman web. TM mengatakan kadar muat-naik yang sepatutnya adalah 100Mbps dan bukannya 200Mbps.
Berikuat merupakan komen rasmi pihak TM kepada pihak Amanz berkaitan hal ini:
Kami merujuk pada artikel yang bertajuk ‘TM Dilihat Mengurangkan 50% Kelajuan Muat-Naik Pakej 500Mbps’ bertarikh 18 September 2020 mengenai perubahan kelajuan muat naik bagi pakej unifi 500Mbps.
Telekom Malaysia Berhad ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang perubahan dibuat pada konfigurasi kelajuan muat naik bagi pakej unifi 500Mbps sedia ada.
Kami ingin memaklumkan bahawa pembetulan telahpun dibuat mengenai kesilapan kelajuan muat naik bagi pakej 500Mbps yang telah tertera di Soalan-soalan Lazim (FAQ), portal unifi dan risalah yang bertarikh 2 September 2020. Konfigurasi kelajuan muat naik yang betul bagi pakej 500Mbps adalah 100Mbps dan bukannya 200Mbps seperti mana yang tertera bagi edaran versi sebelumnya dalam FAQ, portal unifi dan risalahnya.
Kami ingin memohon maaf di atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul dan akan memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kesemua saluran kami, termasuk laman web dan bahan-bahan promosi telah dikemas kini dengan maklumat yang betul.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami di pusat panggilan 100, TMpoint di seluruh negara dan agen-agen maya melalui aplikasi myunifi.
Ia agak mendukacitakan untuk melihat syarikat gergasi telekomunikasi di Malaysia melakukan kesilapan besar seperti ini, dan hanya mengeluarkan komen atau kenyataan rasmi selepas beberapa laporan hadir ke arena web – dan tidak menyatakan kesilapan ini secara terbuka sebelum ini.
Hal ini juga mungkin membuatkan sejumlah pengguna yang melanggan pakej berkenaan terasa ditipu dengan info awal yang ditawarkan melalui risalah atau paparan pada web dan FAQ. Walaupun konfigurasi awal adalah 100Mbps, pihak TM perlu jujur dalam bahan pemasaran mereka, dan sekurang-kurangnya menawarkan kadar kelajuan muat-naik yang dijanjikan pada bahan promosi untuk mereka yang telah melanggan pakej berkenaan ketika tempoh paparan kadar muat-naik berkenaan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment