Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Pejabat TikTok Global Akan Dipindahkan Bytedance Ke Amerika Syarikat Bagi Mengelakkan Pegangan Majoriti Dijual - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Pejabat TikTok Global Akan Dipindahkan Bytedance Ke Amerika Syarikat Bagi Mengelakkan Pegangan Majoriti Dijual


Isu terhangat dunia teknologi sejak beberapa bulan kebelakangan ini ialah penjualan operasi TikTok global oleh Bytedance bagi mengelakkan aplikasi dari dihalang oleh Amerika Syarikat. Bytedance telahpun mengatakan mereka tidak akan menjual kod sumber dan kecerdasan buatan kepada syarikat A.S jika operasi dijual.

Terkini menurut laporan CGTN, Bytedance akan memindahkan ibu pejabat operasi global mereka ke A.S bagi mengelakkan pegangan majoriti mereka diambil alih. Bytedance akan kekal menjadi pemegang saham majoriti dengan Oracle dan Walmart menjadi pemegang saham minoriti.

Bytedance

Pengarah bebas dari pihak ketiga akan menjadi lembaga pengarah syarikat baharu ini tetapi Bytedance akan memegang hak algoritma TikTok. Bagi mengelakkan data pengguna dituduh dikongsi dengan China sehingga menimbulkan ancaman sekuriti negara, pangkalan data akan dipindahkan ke A.S dengan Oracle menyediakan perkhidmatan data.

Bytedance diberikan tempoh sehingga 12 November 2020 untuk melengkapkan penjualan operasi Amerika Syarikat mereka oleh Presiden Trump.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.