Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan salahkan kerajaan PH potong elaun nelayan, bekas menteri beritahu Muhyiddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan salahkan kerajaan PH potong elaun nelayan, bekas menteri beritahu Muhyiddin


 

Salahuddin Ayub berkata, ketika menjadi menteri pertanian dan industri asas tani, beliau pernah meminta kerajaan ketika itu menaikkan elaun sara hidup nelayan daripada RM250 kepada jumlah asal RM300.

PETALING JAYA: Bekas menteri pertanian dan industri asas tani, Salahuddin Ayub mengingatkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin supaya tidak menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan terdahulu yang turut dianggotainya atas keputusan mengurangkan elaun sara hidup nelayan daripada RM300 kepada RM250 sebulan.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, sebagai menteri dalam Kabinet ketika itu, Muhyiddin sebenarnya tahu sebarang keputusan kerajaan ialah keputusan kolektif Kabinet.

“Ketika menjadi menteri ketika itu, saya sentiasa risau dan meminta kerajaan menaikkan elaun sara hidup nelayan kepada jumlah asal, iaitu RM300.

“Saya gembira apa yang saya perjuangkan dulu, tak sempat jadi kenyataan, tetapi telah disempurnakan hari ini. Cuma dia (Muhyiddin) tak bolehlah salahkan kerajaan dahulu kerana dia juga ada dalam Kabinet ketika itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup nelayan daripada RM250 kepada RM300 sebulan bagi mengurangkan beban golongan itu yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Beliau dalam sebuah majlis di Beaufort, Sabah berkata, sewaktu PH mentadbir negara, Warisan sebahagian daripada PH dan ketika itu, elaun sara hidup nelayan dipotong daripada RM300 kepada RM250.

Skim itu, antara lain, memberi bantuan geran, elaun, skim ternakan dan zakat kepada peladang, penternak serta nelayan yang layak dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup golongan itu.

Ditanya sama ada janji yang ditabur Muhyiddin itu sebagai taktik memancing undi, Salahuddin berkata, sudah tentu tanggapan umum mengenai apa saja janji yang dibuat dalam pilihan raya akan dianggap memancing undi.

“Apa yang penting bagi saya, kira-kira 40,000 nelayan di negara ini dapat manfaat,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.