Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Xperia 5 II Akan Dijual Di Malaysia Disember Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Xperia 5 II Akan Dijual Di Malaysia Disember Ini


Semalam Sony Xperia 5 II akhirnya dilancarkan secara rasmi sebagai peranti Xperia pertama yang direka khusus untuk permua. Dengan spesifikasi kelas mercu, ia hadir dengan beberapa ciri menarik seperti mod gaming dan bateri yang boleh dipintas ketika menjalankan permua. Bagi peminat Sony di Malaysia, peranti ini disahkan akan mula dijual di Malaysia pada Disember hadapan.

Tarikh muktamad masih belum diketahui pada waktu. Pembelian fizikal hanya boleh dilakukan di kedai Sony Stores KLCC dan The Curve manakala pembelian atas talian boleh dilakukan di Sony Online Store dan di Lazada kelak.

Sony Xperia 5 II dilengkapi skrin 6.1″ OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120HZ dan bernisbah 21:9. Ia dijana cip Snapdragon 865, memori sebesar 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4000 mAh dengan pengecasan pantas sehingga 21W.

Kamera utama 12+12+12 megapixel dipadankan dengan kamera swafoto sebesar 8 megapixel. Lensa ZEISS digunakan bagi memastikan kualiti gambar yang baik. Bercakap mengenai lensa, tri-kamera utama menggunakan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan telefoto dengan zum optikal sehingga 3X. Menurut Sony, peranti ini mampu melakukan rakaman video 4K dengan HDR pada kadar 120 bingkai sesaat.

Walaupun dipasarkan sebagai peranti kecil dengan kemampuan kamera yang baik, Xperia 5 masih lagi mengekalkan penggunaan sistem pembesar suara stereo pada bahagian hadapan dan juga sebuah bicu audio 3.5mm. Kemampuan audio HiFi juga disokong bagi peminat audio beresolusi tinggi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.