Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peminat sukan perlu patuh SOP Covid-19, kata menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peminat sukan perlu patuh SOP Covid-19, kata menteri


Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican mengingatkan semua pihak yang ingin menganjurkan acara sukan sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) mendapatkan kebenaran daripada pejabat pesuruhjaya sukan.
KUALA LUMPUR: Peminat sukan diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa bagi mengekang penularan Covid-19 termasuk larangan menghadiri acara sukan.
Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican berkata, pematuhan SOP itu terpakai bagi semua acara sukan sama ada liga profesional, perlawanan persahabatan atau untuk bersosial.
Pada masa sama, beliau mengingatkan semua pihak yang ingin menganjurkan acara sukan sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) mendapatkan kebenaran daripada pejabat pesuruhjaya sukan.
“Penganjur juga boleh merujuk kepada Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan negeri serta persatuan sukan berkaitan untuk nasihat dan garis panduan berhubung SOP serta kesesuaian penganjuran acara sukan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PKPP yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos lalu dilanjutkan hingga 31 Disember tahun ini bagi mengawal jangkitan Covid-19.
Terdahulu hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata kes baharu Covid-19 melonjak ke 3 angka hari ini dengan 100 kes berbanding 62 jangkitan semalam. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.