Hi! Welcome Back and Stay Tune! Reaksi Abang Johari terhadap komen ‘muflis’ Guan Eng wajar, kata pemimpin PBB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Reaksi Abang Johari terhadap komen ‘muflis’ Guan Eng wajar, kata pemimpin PBB


Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kenyataan Abang Johari Openg ‘wajar’ dan Chong Chieng Jen perlu bertindak seperti orang Sarawak.
KUCHING: Seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegur Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen kerana mempertahankan Lim Guan Eng atas kenyataan Ketua Menteri, Abang Johari Openg.
Naib Presiden PBB, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kenyataan Abang Johari itu “wajar” dan Chong perlu bertindak seperti orang Sarawak.
Sabtu lalu, Abang Johari dilaporkan berkata, kenyataan menghina yang dibuat setiausaha agung DAP itu ialah punca Gabungan Parti Sarawak (GPS), gabungan pemerintah di Sarawak, memilih untuk menyokong PAS dan Umno dalam membentuk kerajaan pusat.
Lim didakwa berkata, ketika beliau menjadi menteri kewangan dalam kerajaan persekutuan terdahulu, Sarawak mungkin muflis dalam masa 3 tahun di bawah pemerintahan GPS.
Karim berkata, Abang Johari, seperti orang Sarawak lain, tersinggung dengan kenyataan Lim yang menyindir pemimpin negeri itu tidak mampu mentadbir negeri itu dengan bijak.
“Kenyataan Lim di Sarawak yang negeri itu akan muflis dalam 3 tahun ialah penghinaan kepada semua orang Sarawak.
“Tiga tahun berlalu dan daripada menjadi muflis, Sarawak lebih rancak dari segi ekonomi dengan lebih banyak pembangunan dan wang. Jadi, apa yang dirungutkan Chong?
“Dia (Chong) tidak sepatutnya menyokong pemimpin Tanah Melayunya secara membuta tuli. Sebaliknya, dia patut lihat sekeliling.
“Sarawak berjaya mendapatkan cukai jualan 5% dari Petronas. Ini adalah sesuatu yang Lim dan Chong dakwa mustahil semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Mereka mendakwa ia akan menyebabkan Petronas dan Malaysia kehabisan wang. Jadi, siapa yang beritahu perkara benar sekarang?” katanya kepada FMT.
Sehubungan itu, Karim menggesa Chong untuk “mempunyai sedikit belas kasihan buat Sarawak” dan tidak menjadi pengkhianat negeri itu.
“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (2018), kami melihat video Lim dan Chong memberitahu orang Sarawak mengenai kehilangan hak negeri selepas pembentukan Malaysia dan sokongan mereka untuk memberikan 20% royalti minyak kepada negeri itu dan mengembalikan 50% hasil cukai yang dikutip dari Sarawak.
“Ini malah disenaraikan dalam manifesto pilihan raya mereka ketika itu, tetapi selepas PRU14 dan Lim menjadi menteri kewangan, beliau dengan tegas menentang semua janji itu.”
Karim bertanya: “Adakah salah Abang Johari berkata beliau dihina ‘pemimpin lidah bercabang’ ini?”
Ahad lalu, Chong dilaporkan mendesak Abang Johari tidak membahayakan masa depan Sarawak dan Malaysia disebabkan perasaan peribadinya terhadap Lim.
Katanya, sokongan GPS untuk pakatan PAS-Umno mengakibatkan kebangkitan konservatisme agama dan ketaksuban.
Beliau mencadangkan kenyataan Lim dilihat sebagai peringatan terhadap pembaziran GPS dalam mengusulkan projek mega.
“Walaupun Abang Jo selalu berbangga dengan rizab Sarawak sebanyak RM31 bilion, beliau tidak menekankan hutang syarikat kerajaan negeri berbilion ringgit itu,” kata Chong. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.