Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertumpuhan darah berlaku akibat salah tafsir 1 perkataan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertumpuhan darah berlaku akibat salah tafsir 1 perkataan


Tentera Malaysia bertempur dengan pemberontak daripada Tentera Diraja Sulu di Lahad Datu, Sabah pada 2013. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA: Sukar dipercayai, namun pertikaian sebuah wilayah di Borneo Utara sejak berabad lamanya masih timbul pada abad ke-21 ini.
Dan lazimnya ia bukan sekadar rundingan secara baik kerana pertumpahan darah berlaku baru-baru ini.
Pada 2013, kira-kira 200 pemberontak daripada Tentera Diraja Sulu bertolak dari Jolo di selatan Filipina dan mendarat di Lahad Datu, Sabah untuk menuntut semula wilayah bagi Sulu. Konflik itu berlarutan selama 2 bulan dan kematian dilaporkan daripada kedua-dua pihak.
Mengapa “tuntut semula”? Ini adalah kisah panjang dan berbelit-belit.
FMT menemui Jatswan Singh, sejarawan dan profesor madya dari Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, untuk mengetahui latar belakang pertikaian wilayah itu.
Ini merupakan sebuah kisah agak rumit dengan pelbagai watak terlibat, tetapi pada asasnya ia berkaitan cara pihak terbabit menafsirkan satu perkataan.
Perkataan itu adalah “pajakan” dan pertikaian selesai sama ada ia bermaksud “sewa” sementara atau “jual untuk selama-lamanya”.
Katanya, selama beberapa abad, Sultan Brunei memiliki sebahagian besar Sabah dan Sarawak yang kita kenali sekarang.
Berlaku pemberontakan di pantai timur Sabah, di mana sultan tidak dapat mengawalnya. Oleh itu, beliau mendapatkan bantuan Sulu sebagai ganti untuk beberapa sungai di pantai timur. Sulu menurut perintah itu dan pemberontakan berjaya ditamatkan.
Inilah permulaan pertindihan tuntutan pemilikan di Borneo utara.
Bertahun-tahun selepas itu, ketika kuasa Barat mula menaruh minat ke atas wilayah itu di Asia, sekumpulan peneroka mendapat pajakan dari Brunei untuk sungai di bahagian utara.
Selepas mengetahui Brunei bukan satu-satunya tanah di timur laut yang dikuasai sultan, beberapa peneroka berlayar ke Sulu pada 1878.
Ketika itu, Sultan Sulu sangat memerlukan wang dan beliau bersetuju memajak tanahnya di Borneo.
Dengan adanya pajakan itu, orang Barat menubuhkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, yang akhirnya diberikan perlindungan diraja oleh British.
Piagam itu menguruskan wilayah terbabit sehingga 1946, ketika pemerintahan diambil alih British di bawah Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara.
Pada 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.
Dalam referendum Sabah yang diadakan sebelum pembentukan Malaysia, orang Sabah memilih untuk menjadi sebuah daripada negara baru itu.
“Dan, sudah tentu, timbul isu kedaulatan ke atas Sabah,” kata Jatswan.
Filipina menafsir “pajakan” sebagai “sewa”, sedangkan kerajaan British sering menganggapnya sebagai “pemberian”.
Oleh itu, tafsiran British ialah dengan perjanjian itu, Sulu menyerahkan wilayah berkenaan selama-lamanya. Filipina masih bertegas ia hanya disewakan.
“Saya rasa seseorang perlu jujur dengan dokumen yang wujud itu,” kata Jatswan.
“Rekod itu jelas menunjukkan pertikaian wilayah terbabit sudah menjadi sebahagian daripada Malaysia sejak 1963.
“Jika anda mahu mula mendalami sejarah kuno, kita tak akan berhenti bergaduh.”
Jatswan berpendapat, negara terlibat perlu bersatu dalam semangat Asean.
Pendekatan damai ini pernah dicuba sebelum ini, terbaru pada November 2016, apabila Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak bersetuju mengetepikan perselisihan itu.
Bagaimanapun, pertikaian lama diungkit semula tahun ini.
Dalam respons terhadap nota yang dihantar Filipina kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 6 Mac lalu, ini kenyataan Malaysia pada bulan lalu:
“Misi tetap Malaysia memaklumkan kepada setiausaha jeneral bahawa Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan Republik Filipina ke atas Sabah di Malaysia, yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara.”
Dan ia tidak akan pernah berlaku, ia mungkin sudah ditambah, melainkan dengan cara bukan diplomatik. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.