Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Watch3 Edisi Titanium Dilancarkan – Lebih Premium, Lebih Ringan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Watch3 Edisi Titanium Dilancarkan – Lebih Premium, Lebih Ringan


Apple bukan satu-satunya syarikat yang melancarkan jam tangan pintar mereka. Semalam Samsung Galaxy Watch3 Titanium akhirnya dilancarkan secara rasmi. Keseluruhan kerangka jam diperbuat daripada bahan titanium yang dipadankan dengan tali yang diperbuat daripada besi. Sungguhpun begitu kerangka jam adalah lebih ringan berbanding Watch3 yang diperbuat daripada logam tahan karat sebelum ini.

Versi ini mempunyai skrin 1.4″ Super AMOLED dengan kaca Corning Glass DX. Di dalam tubuh titanium sebesar 45mm diletakkan pemproses Exynos 9110, memori sebesar 1GB RAM, storan sebesar 8GB, dan bateri sebesar 340 mAh. Tiada perbezaan spesifikasi di sini berbanding model biasa.

Jam mempunyai roda kawalan berputar pada bahagian bezel dan dua butang sisi untuk melancarkan talam aplikasi dan kembali ke muka hadapan. Sistem operasi yang digunakan ialah Tizen Wearable 5.5 yang membolehkan ia digunakan pada peranti Android dan iOS.

Terdapat sensor accelerometer, barometer, gyro , pengimbas nadi optikal, ECG dan cahaya. Ia mempunyai ketahanan kalis air sehingga 5ATM dan melepasi piawaian MIL-STD-810G. Samsung Galaxy Watch3 Titanium akan hanya ditawarkan dalam warna hitam tanpa sokongan LTE pada harga $600 (~RM2478) seutas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.