Sebelum Galaxy Fold, Samsung Menguji Prototaip Dengan Rekaan Seperti Mate X Dan Surface Duo
Samsung Galaxy Fold dilancarkan tahun lalu selepas idea menghasilkan telefon skrin boleh-lipat dimulakan pada tahu 2011. Beberapa paten peranti di bawah Project Valley tertiris tetapi rekaan yang terakhir yang digunakan ialah peranti dwi-skrin dengan skrin boleh-lipat dibuka keluar.
Tetapi sebelum rekaan ini digunakan, Samsung ada mencuba beberapa rekaan lain.Di dalam video pembangunan Galaxy Z Fold2 yang baru diterbitkan Samsung, prototaip-prototaip ini akhirnya diperlihatkan kepada umum buat pertama kali.
Prototaip paling awal lebih mirip Surface Duo dan Kyocera Echo. Dua skrin disambungkan dengan engsel dan butang home fizikal dapat dilihat pada bahagian dagu.
Prototaip peranti dengan bonggol sisi untuk modul kamera seperti Huawei Mate X juga nampaknya turut dibangunkan. Perbezaan yang dilakukan ialah skrin melipat melipat ke dalam tidak seperti rekaan akhir Mate X. Selain itu rekaan awal Z Fold juga dapat dilihat saiz nisbah skrin berbeza.
Selain prototaip-prototaip yang dihasilkan untuk mendapatkan rekaan yang paling ergonomik, Samsung juga berkongsi sejarah pembangunan elemen peranti lain seperti skrin dan teknologi di sebalik engsel. Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut sejarah pembangunan peranti skrin boleh-lipat Samsung, video berdurasi 10 minit akan menjawab banyak persoalan yang mungkin berbuku di dada.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment