Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Aksesori Audio Terbaharu Redmi Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Aksesori Audio Terbaharu Redmi Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan


Selain daripada jam tangan dan televisyen pintar, penghasilan aksesori audio turut mendapat perhatian dalam kalangan pengeluar. Salah satu daripadanya adalah Redmi yang mana kini dalam perancangan untuk pengenalan barisan aksesori audio terbaru selepas sedia hadir dengan Redmi Earphones sekitar awal bulan lalu.

Memetik imej penggoda tersebar, acara pelancaran tersebut dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan, 7 Oktober 2020. Imej tersebut turut memberi gambaran bahawa Redmi bakal memperkenalkan lebih daripada satu produk audio pada acara berkenaan. Seterusnya, jika diperhatikan dengan teliti kedua-duanya juga hadir dalam rekaan berbeza iaitu fon teling jenis berwayar dan juga nirwayar.

Laman rasmi Redmi turut mengacah imej yang sama, cuma sayangnya nama untuk aksesori-aksesori tersebut masih belum diketahui. Bukan itu sahaja, spesifikasi mengenainya juga masih menjadi tanda tanya. Justeru, sama-sama kita nanti pelancaran rasmi kelak untuk ketahui lebih lanjut.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.